Matahari..
Tertutup sudah pintu
Pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu
Hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
ku harus lupakanmu walau aku tak mahu…
“Apa aku nak buat ni”? Ermmm bosannya. Tidur je la. Suri berbaring dan cuba melelapkan mata. “arghhh mata tak ngantuk plak, ape nak buat nie”?. Hari-hari minggu macam ini terasa bosan bila keseorangan. Fariz pun tidak ada, kalau tidak mesti aku dah keluar dengan dia. Memancing, lepak-lepak, seronoknya. Sekarang aku tinggal sendirian. “Fariz”.Hati kecilku berbisik memanggilnya. Akhirnya hari minggu itu berlalu dengan lambat dan menyeksakan.
Hai Suri, morning. Eh, Apasal muka tu muncong semacam je. Pepagi buat muka macam itu hilang rasa manis kuih bingka yang aku beli untuk kau nie. Ada masalah ke? Cuba kau manis-maniskan mulut kau dengan kuaih bingka nie then citer dekat aku. Laila teman sepejabat ku. Kami memang agak rapat, aku berkawan dengan dia sejak dia masuk ke pejabat ini lagi. Mulutnya yang suka berjenaka itu buat semua rakan sepejabat senang hati dengannya. Di tambah pula dengan lesung pipit yang hanya ada disebelah pipinya itu menaikan manis wajah gadis cilik yang berasal dari Melaka itu.
Aku tersenyum seketika dengan telatahnya. “tak ada apa-apa lah, Cuma tak ada mood je” aku menjawab sambil mengambil bungkusan kuih bingka yang di hulurkan oleh laila. “ye ke, kalau tak ada mood tu maksudnya ada masalah kan, betul tak? Mesti masalah boyfriend ni. Ujar laila sambil tersenyum-senyum, “Fariz kan”? Katanya separuh berbisik. Ishhhh.. kau ni.. aku memukul lembut tangan laila sambil memandang kiri dan kanan, khuatir kalau ada yang mendengar. Terasa hangat tulang pipi aku, mesti dah kemerah-merahan. Aku cuba untuk kawal perasaan supaya laila tidak dapat mengesan debaran di hati ini takala nama Fariz bergema di seluruh urat sendi tubuhku ini.
Laila masih lagi tersenyum-senyum padaku sambil berlalu ke tempat duduknya. Tempat duduk laila hanya bersebelahan, kami di pisahkan hanya dengan penghadang meja. Laila kemudian mengetuk-ngetuk perlahan penghadang meja kami sambil berbisik “cinta dah bertahta” walaupun agak perlahan namun aku masih mempu menangkap kata yang keluar dari bibir munggil temanku itu. Aku termenung seketika, betulkah apa yang di katakana oleh laila tadi. Cintakah aku pada Fariz. Kalau benar sejak bila aku mencintainya. Kenapa aku serasa seperti rindu padanya, ingin berjumpa selalu. Aku senang di sampingnya. Perwatakannya yang bersahaja, tutur katanya, personality serta gaya pakaiannya, semuanya Nampak sempurna di mataku. Tanpa ku sedari aku tersenyum terkenangkan perjumpaan aku bersama Fariz kali yang lepas.
Hei.. nape kau pandang aku mcam tu, cepat la kita dah lambat nie. nanti semua ikan-ikan kat tasik tu di sabar orang lain”, ujar Fariz kuat serta merta mengembalikan aku ke alam nyata. Aku terpesona ngan gayanya sebentar tadi, kacak… sungguh kacak, bisik ku di dalam hati. Fariz yang berseluar separas lutut dengan t-shirt levi’s putih serta cap hitam cukup membuatkan mana-mana gadis terpukau dengan gayanya. Aku membuka pintu dan terus masuk ke dalam kereta Fariz. Fariz tersenyum padaku ketika kami berhenti di traffic light di persimpangan rumahku. Hati ku tidak keruan dengan senyumannya itu. Namun aku pamerkan wajah selambaku. Nape tersengih-sengih macam kerang busuk nie? soalku. Fariz masih tersenyum. “aku dengar kau kata aku hensome tadi kan? Hah.. eh, tolong skit tak de maknanya. Aku cuma fikirkan ape barang yang aku mungkin tinggal itu je. Bila plak aku cakap kau hensome. Aku cuba selindungkan perasaanku yang sebenar. Namun Fariz masih tersenyum padaku seolah-olah tidak percaya. Ya Allah, tahukah kau senyuman kau tu yang buat aku tidak tidur malam. ‘Suri’ antara dengar dengan tidak fariz memanggil nama ku. Aku menyahut tetapi tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Fariz kecuali senyumannya yang sering terpias di layar mataku. Akhirnya petang itu berlalu dengan tercipta memori yang sungguh mendamaikan jiwa. Satu perasaan yang seperti tiada penghujungnya. bersambung...
bljq2 nak wat cerpen.. entah ok entahkan tidak???..
ReplyDelete